::life::

When life gives you a hundred reasons to cry, show life that you have a thousand reasons to smile.

Sunday 7 April 2013

Al-Fatihah.....

senyumku bukan bererti aku sentiasa berada dalam kegembiraan.  bila tengok video tntang pengorbanan seorang ayah yg di share dekat fb td, Allahuakbar.. sebak sangat hati ni.  hanya Tuhan saja yg tahu betapa rindunya aku pada arwah ayah n kakak.  smpai sekarang masih teringat2 pengorbanan ayah masa aku kecik dulu. ayah lah yg kuat mencari rezeki utk anak2 dia, kalau ada salah yg anak2 dia buat, dia akan tegur tapi dia tak pernah naik  tangan pd anak2.  beli rumah utk kami sekeluarga duduk 1 masa nnt tp sayangnya arwah sendiri tak pernah berkesempatan utk duduk rumah ni.  walaupun arwah penat kerja, cari duit belanja utk anak2 dan isteri, tp dia tak pernah mengeluh wlau sepatah ayat pun.  saat ini aku benar2 merindui kasih sayang seorang lelaki bernama 'ayah'.  pada yg masih berkesempatan utk menatap wajah seorang ayah, masih berkesempatan utk bercakap dgn 'ayah', hargailah. hargailah mereka selagi mereka msih ada di dunia ini.  kalau ada perasaab dendam atau marah, tolong! tolong hilangkan perasaan itu.  Dia ayah kita.  benci, marah mcmmana sekalipun, dia tetap ayah kita.  kalau tiada insan bernama 'ayah dan ibu', maka  tiadalah kita. takkan wujud kita di dunia ini.  Ya Allah Ya Tuhanku, Kau ampunilah segala dosa2 arwah semasa arwah masih hidup dan tempatkan lah rohnya di kalangan org2 yg beriman Ya Allah...

Friday 5 April 2013

Dear My Future Husband.........



Dear my future husband, satu hari nanti, bila kita dah berkahwin, sy akan masak hari hari untuk awak.  even sy tak reti masak sekarang ni, tp sy cuba cuba jugak supaya awak tak diam2 lari g umah mak awak semata2 utk makan. *hahahahha*.

Dear my future husband, bila kita dah serumah nnt, setiap pagi sy akan iron kan baju untuk awak. sediakan baju dan seluar n apa2 yg patut utk awak, sikatkan rambut and bentukkan rambut awak mcm zaquan adha tu.  mesti seronokkan?


Dear my future husband, bila kita dah ada anak2 nanti, sy akan pastikan solatnya, makan n minumnya, didikan akhlaknya, pendidikannya, akan saya pastikan cukup supaya mereka tak terabai dan jadi anak anak yg soleh n solehah dan boleh jaga kita bila kita dah tua nanti.


Dear my future husband, bila kita dah kahwin nnt, sy akan basuhkan baju, kemas rumah, dan jadi seorang isteri yg solehah untuk awak.  tiap tiap kali lepas awak balik kerja, sy akan sambut awak dgn senyuman.

Dear my future husband, bila kita dah kahwin nnt, sy akan pastikan makan minum awak terjaga, sy akan potong kan kuku awak, semua lah.

Dear my future husband, satu je yang saya mintak dr awak, boleh awak jadi imam saya?