::life::

When life gives you a hundred reasons to cry, show life that you have a thousand reasons to smile.

Saturday 18 August 2012

salam aidilfitri semua :)

alhamdulillah.. syukur kerana dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna pada tahun ini. 
namun disebalik kegembiraan aku menyambut kehadiran syawal yang bakal menjelang pada esok hari, terselit jua perasaan sayu dalam hati ni. buat kedua kalinya beraya tanpa orang yg aku sayangi.. arwah ayah dan juga arwah kakak yang baru sj pergi pada tahun ini.  mungkin aku tak dapat merasakan kegembiraan yg lebih sempurna sebagaimana manusia2 lain yg masih dapat bersama2 keluarga mereka di pagi raya..tak dapat bersalaman dengan arwah ayah dan kakak. namun aku tekad utk tidak mempamerkan kesedihan hati ini di hadapan mak. kerana aku tahu, sebagai anak pasti sedih inikan pula hati seorang ibu yg telah kehilangan dua org insan yg amat dicintainya. al fatihah.

No comments: